PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
♥♥welcome welcome♥♥

thanks for your visit dear :)
please do enjoy yourself here..

WE ARE HAPPY TO SERVE YOU THE BEST OF OUR FAVORITE COLLECTION.

anyway, don't forget

buka entry dulu dan sila lah komen :)

Saturday, May 15, 2010

pelajar UDM meninggal

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Universiti Malaysia Darul Iman (UDM) mati lemas manakala seorang lagi rakannya berjaya diselamatkan ketika mereka bersama 12 pelajar lain mandi-manda di Pantai Tok Jembal di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Zamri Shamsuddin, berkata mangsa yang meninggal dunia, Nor Hidayu Mokhtar, 19, adalah pelajar tahun dua jurusan diploma perbankan universiti itu yang berasal dari Kampung Paya, Marang.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, lapan pelajar perempuan dan enam pelajar lelaki berada di pantai itu apabila tiba-tiba seorang daripada mereka yang hanya dikenali sebagai Hanisah hampir lemas.
Nor Hidayu bersama seorang lagi rakan yang bernama Adibah, cuba menyelamatkan Hanisah, bagaimanapun kedua-dua mereka hampir lemas dan berjaya diselamatkan pelajar lelaki.

"Nor Hidayu meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Seberang Takir dekat sini sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Adibah kini dirawat di HSNZ manakala Hanisah pula mendapat rawatan pesakit luar di hospital sama.

Sementara itu bapa mangsa, Mokhtar Yusof, 50, ketika ditemui di hospital, berkata kali terakhir beliau menemui anaknya itu pada Khamis lalu.
"Saya sungguh terkejut bila mendapat tahu dia lemas kerana saya difahamkan malam ini dia akan bertolak ke Selangor bersama rakan-rakannya untuk latihan pertandingan silat," katanya. - Bernama

pengajaran
jangan mandi dekat tok jembal
sb mmg xboleh mandi kat situ..dalam!

takziah kepada keluarga allahyarham
semoga roh nya dicucuri rahmat


Thank you for reading this. Don't forget to leave your comment gorgeous!

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE YOUR COMMENT BELOW GORGEOUS!